Search
MAIREKA : Karnival Digital Langkawi 2017
- splitscreenstudio
- Aug 23, 2017
- 1 min read
SPLIT SCREEN STUDIO telah dijemput dan diberi peluang oleh Majlis Kreatif Negeri Kedah atau lebih dikenali sebagai MAIREKA untuk menyertai pameran Karnival Digital Langkawi yang bertempat di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri pada 19-20 Ogos 2017 yang lalu.
Karnival tersebut yang turut dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menarik seramai 20 ribu pengunjung. Antara aktiviti yang dijalankan di booth pameran SPLIT SCREEN STUDIO telah menarik minat ramai pengunjung adalah seperti sesi bergambar menggunakan LAYAR HIJAU (GREEN SCREEN), sesi ujibakat lakonan serta persembahan filem pendek karya SPLIT SCREEN STUDIO.
Comments